<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6160859355183361308?origin\x3dhttp://holistictechnology8687.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
www.holistictechnology8687 @blogspot.com ♥ Bebaskan Palestin!
Tuesday, March 10, 2009



Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua?Saya berharap, agar kalian senantiasa sihat di samping keimanan yang teguh.Saya tertarik dengan isu bahasa yang dewasa ini, semakin tegar diuar-uarkan di luar sana. Ya, bahasa ini semakin pudar dimamah usia. Tak dinafikan, semakin mden sesebuah negara, semakin lupus bahasa. Bahasa yang saya maksudkan adalah, bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu. Sebelum itu, saya ingin menyusun 10 jari, memohon kemaafan di atas penggunaan bahasa saya yang agak kurang enak digunakan untuk kiriman-kiriman yang sudah. Tetapi itu bukannya persoalan ketika ini. Yang memeningkan, mengapa golongan atasan masih sukar untuk menilai aset yang bernilai untuk Malaysia ini?Mengapa tidak dijadikan contoh seperti Jepun, Perancis dan kebanyakan negara yang mengagungkan bahasa mereka?Adakah mereka di sisi negara yang mundur atau tewas tatkala bahasa perantaraan mereka adalah bahasa negara sendiri?.Kolotnya pandangan cendiakawan kita, di mana mereka selesa di teratak yang mereka duduki ketika ini walhal ribuan manusia sengsara dengan keselesaan mereka.


Saya menaip, bukanlah ekoran politik semata-mata. Tetapi atas rasa sedar, jiwa muda ini sentiasa ingin melihat keindahan bahasa kita menjadi tonggak di mata dunia. Jati diri negara juga akan jelas tampak di mata dunia. Sekurang-kurangnya, kita tidak menumpang di atas bahasa asing. Betul, Bahasa Inggeris sememangnya bahasa dunia. Ramai yang berdalih, sudah biasa dengan peredaran bahasa kini. Tak disangkalkan, sudah ramai menjadi mat saleh walaupun ber"bin"/"binti" encik mamat (sebagai contoh). Slanga yang kini semakin pelik malah menjelikkan tatkala bertutur. Apakah ini menjadi pemangkin untuk masa hadapan?. Saya sedih, mendengar seorang seniman yang selama ini terkecuali dari politik, yang berjuang demi bahasa, dihiasi dengan bom pemedih mata ketika azam yang membara memperjuangkan harta budaya Melayu. Keazaman beliau, menjadi dorongan kepada saya, untuk menulis luahan hati ini.


Apakah perjuangan bahasa ini berlandaskan politik?.POLITIK. Ungkapan yang sedia termaktub dalam sanubari setiap insan, yang sentiasa tidak faham akan kedudukan sesuatu. Apakah sebab berdemonstrasi di jalanan, ia menjadi agenda politik?.Persoalannya, dimanakah lagi tempat yang membolehkan golongan ini menyuarakan pandangan?.Media elektronik?Itu sememangnya bagus, tetapi dimanakah keadilan di situ?.Balik-balik, menyokong tindakan puak-puak yang sememangnya jahil mengenai sesuatu yang penting. Saya sedar, pilihan raya kecil bakal tiba, puak-puak itu semakin hampir dengan lubang kegelapan. Mereka masih ingin mengekalkan jawatan, atau lebih manis lagi,merebut jawatan-jawatan. Dan ekoran pada itu, mereka masih menemplak pihak pembangkang mendalangi Gerakan Mansuhkan PPSMI. Adakah sebab takut akan kehilangan WANG atau PANGKAT, mereka tidak mengendahkan suara hati rakyat?Tepuk dada, tanyalah iman. Keimanan semakin goyah di kala rasa ketakutan. Walhal, bukan sebab wang atau pangkat mereka hidup, tetapi ALLAH SWT.


Saya sedar artikel ini mungkin menembak sesuatu, tetapi sebagai rakyat di negara demokrasi, saya berhak menyuarakan isi hati seiring dengan situasi keadaan semasa ini. Saya bimbang, suatu hari nanti, kita Melayu tetapi bertopengkan bahasa asing. Walaupun pandangan atau isu ini dipandang remeh, tetapi sedarlah kita, ia merupakan ASET negara kita. Wahai organisasi yang mendaulatkan ketuanan Melayu, bertindaklah sebelum kalian terkuncup dek ketuanan asing. Bila lagi mahu menghunus keris, kalau setakat melolong tanpa menyusun buah.



'takkan Melayu hilang di dunia'

*petikan kata-kata Hang Tuah*

.aliuddinfaidhi.

Labels: