<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6160859355183361308\x26blogName\x3dWhen+you+have+to+keep+silent,reveal+t...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://holistictechnology8687.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://holistictechnology8687.blogspot.com/\x26vt\x3d-798297190653120441', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
www.holistictechnology8687 @blogspot.com ♥ Bebaskan Palestin!
Tuesday, March 10, 2009



Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua?Saya berharap, agar kalian senantiasa sihat di samping keimanan yang teguh.Saya tertarik dengan isu bahasa yang dewasa ini, semakin tegar diuar-uarkan di luar sana. Ya, bahasa ini semakin pudar dimamah usia. Tak dinafikan, semakin mden sesebuah negara, semakin lupus bahasa. Bahasa yang saya maksudkan adalah, bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu. Sebelum itu, saya ingin menyusun 10 jari, memohon kemaafan di atas penggunaan bahasa saya yang agak kurang enak digunakan untuk kiriman-kiriman yang sudah. Tetapi itu bukannya persoalan ketika ini. Yang memeningkan, mengapa golongan atasan masih sukar untuk menilai aset yang bernilai untuk Malaysia ini?Mengapa tidak dijadikan contoh seperti Jepun, Perancis dan kebanyakan negara yang mengagungkan bahasa mereka?Adakah mereka di sisi negara yang mundur atau tewas tatkala bahasa perantaraan mereka adalah bahasa negara sendiri?.Kolotnya pandangan cendiakawan kita, di mana mereka selesa di teratak yang mereka duduki ketika ini walhal ribuan manusia sengsara dengan keselesaan mereka.


Saya menaip, bukanlah ekoran politik semata-mata. Tetapi atas rasa sedar, jiwa muda ini sentiasa ingin melihat keindahan bahasa kita menjadi tonggak di mata dunia. Jati diri negara juga akan jelas tampak di mata dunia. Sekurang-kurangnya, kita tidak menumpang di atas bahasa asing. Betul, Bahasa Inggeris sememangnya bahasa dunia. Ramai yang berdalih, sudah biasa dengan peredaran bahasa kini. Tak disangkalkan, sudah ramai menjadi mat saleh walaupun ber"bin"/"binti" encik mamat (sebagai contoh). Slanga yang kini semakin pelik malah menjelikkan tatkala bertutur. Apakah ini menjadi pemangkin untuk masa hadapan?. Saya sedih, mendengar seorang seniman yang selama ini terkecuali dari politik, yang berjuang demi bahasa, dihiasi dengan bom pemedih mata ketika azam yang membara memperjuangkan harta budaya Melayu. Keazaman beliau, menjadi dorongan kepada saya, untuk menulis luahan hati ini.


Apakah perjuangan bahasa ini berlandaskan politik?.POLITIK. Ungkapan yang sedia termaktub dalam sanubari setiap insan, yang sentiasa tidak faham akan kedudukan sesuatu. Apakah sebab berdemonstrasi di jalanan, ia menjadi agenda politik?.Persoalannya, dimanakah lagi tempat yang membolehkan golongan ini menyuarakan pandangan?.Media elektronik?Itu sememangnya bagus, tetapi dimanakah keadilan di situ?.Balik-balik, menyokong tindakan puak-puak yang sememangnya jahil mengenai sesuatu yang penting. Saya sedar, pilihan raya kecil bakal tiba, puak-puak itu semakin hampir dengan lubang kegelapan. Mereka masih ingin mengekalkan jawatan, atau lebih manis lagi,merebut jawatan-jawatan. Dan ekoran pada itu, mereka masih menemplak pihak pembangkang mendalangi Gerakan Mansuhkan PPSMI. Adakah sebab takut akan kehilangan WANG atau PANGKAT, mereka tidak mengendahkan suara hati rakyat?Tepuk dada, tanyalah iman. Keimanan semakin goyah di kala rasa ketakutan. Walhal, bukan sebab wang atau pangkat mereka hidup, tetapi ALLAH SWT.


Saya sedar artikel ini mungkin menembak sesuatu, tetapi sebagai rakyat di negara demokrasi, saya berhak menyuarakan isi hati seiring dengan situasi keadaan semasa ini. Saya bimbang, suatu hari nanti, kita Melayu tetapi bertopengkan bahasa asing. Walaupun pandangan atau isu ini dipandang remeh, tetapi sedarlah kita, ia merupakan ASET negara kita. Wahai organisasi yang mendaulatkan ketuanan Melayu, bertindaklah sebelum kalian terkuncup dek ketuanan asing. Bila lagi mahu menghunus keris, kalau setakat melolong tanpa menyusun buah.



'takkan Melayu hilang di dunia'

*petikan kata-kata Hang Tuah*

.aliuddinfaidhi.

Labels:

Thursday, March 5, 2009


Wslm wbt {menjawab salam Ali ya habib}

Hanya Allah maha mengetahui tentang jodoh itu...
Ya Ali ana, ana terasa amat terharu dan berterima kaseh byk² kerana anta byk memberi sokongan dan pendapat kpd ana ketika ana sgt memerlukannya.
'sesungguhnya segala kebaikan anta,hanya Allah yg bisa membalasnya..'
ana hanya mampu sujud utk menyatakn segala kesyukuran itu..
ana sedia memaafkn anta utk ape jua kesalahan kerana sdgkan Rasulullah s.a.w sggup memaafkn umat²nya yg ingkar,apatah lagi Allah sentiasa mengampunkan dosa² hambanya..maafkan ana sbb agak beremosi sdikit smlm..ana hrp kite jadikan ia sbg 1 pedoman,ok? ;p
wah..da respon..respon..lak kt blog nie..huhuhu

Bermotor lebih enjoy, pls besh time jam huhuhu boleh je menyelit sane sini kn..
xmcm kete,wpun berbumbung tp stil je lmbt utk ke satu2 destinasi kalau di area lembah klang nie..da la ana nie xsuke lmbt², yelah memikirkan byk hal n benda lagi yg nk dibuat..cth si ali berkata kpd si abu 'ana akan smp rumah anta sbntr lg..' xsmp je 9 mnit da terpacak kt depan rumah abu..abu tkejut gak tp dea buat² bese je,cover macho beb! huhuhu..see..besh kan naik motor ;p express!
hargailah motor anda aka tenggiling tue ye ((;

Wah..sgt perfect ke cik kamila tue? mungkin disebabkn makna kepada name beliau begitu kot..emm tp ana akui sgtlah byk lagi kekurangan yg tdpt pd diri ini..hambanya yg lemah dari byk segi dan sntiasa bersedia utk berubah kepada yg lbh baek,insyaAllah..
bakal isteri?
wahai insan bernama lelaki,hati wanita itu tlalu lembut wpun wanita itu cuba berkeras..ana pun xsedar mcmana Ali yang ana baru kenal ini boleh menawan hati yg cuba dikeraskan ini..Ali terlalu positif utk dijadikan teman hidup..ya Allah, mungkinkah beliau jodoh ku? hanya Allah maha mengetahui ;p
yang penting kemahuan,usaha dan tawakal..

wahai sahabat² kepada Ali,mungkin anda semua agak keliru dgn keadaan diri beliau ketika ini,begitu juga ana tp alhamdulillah so far, ana sgt memahami beliau..ana terima dan akan sentiasa support beliau..ambillah masa anta wahai Ali,sesungguhnya segala keputusan ketika kita tenang adalah lbh baek drpd terburu..buru..insyaAllah anta pasti merasai hasilnya..


'Cinta Suci Itu Teramatlah Indah'

.kasehkukamila.

Labels:






Assalamualaikum w.b.t
apa kabar suma?ana harapkan, kalian sehat2 ya. alhamdulillah, ana sehat walaupun beberapa hari disimbah dgn kehujanan.almaklumlah, ana hanya bermotor sahaja.tidak berbumbung.hehehe..sebenarnya, ana nk berkongsi sedikit mengenai isi hati. tak dinafikan, hati ini mmg ada macam2 perasaan atau tanggapan. sama ada kita sedar, ataupun tidak. setuju?xperlu jerit ya, sekadar kalian faham sudah cukup..ana selalu berharap, agar apa yg ana inginkan utk kali ini, akan dimakbulkan.insyaAllah..ha, ini jugak isi hati yg telah dieksploitasikan oleh ana.hemm..sebenarnya agak susah utk berkata tentang hati. sebelum itu, apa yg ana sampaikan, ini cuma pandangan dari seorang rakyat di negara DEMOKRASI. huhuhu..yeke negara kita ni demokrasi? mgkin lebih kpd autokrasi..wallahualam..huhuhu..sejak ana berpisah gn si dia (kesah lama nih), ana seperti susah nk lafazkan sesuatu yg mana dtg, dari hati ni.kadang2, ana buntu utk sampaikan dlm bentuk lisan.mungkin ini keturunan kot! ;P..seriously, ana mcm malas nk pk pasal gurl. penah jugak cuba utk mndapatkan perhatian dr insan yg bernama GADIS.tp, ana gagal bg komitmen.sehinggalah, ana ketemu dgn cik KAMILA nih.sejujurnya, ana cuma mampu memuji beliau dgn keadaannya yg di mata ana, sempurna seakan bakal isteri.huhuhu..dan mungkin.......................inilah kelainan ana utk ketika ini, tidak declare dlm waktu yg singkat.utk mencari kesempurnaan, masa dan keadaan adalah sgt penting utk ketentuan.bukan dgn cara membabi buta spt dulu, yg tidak menjanjikan kebahagiaan..alhamdulillah, ana selesa gn cara sekarang walaupun ade jugak segelintir rakan2 kurang yakin dgn perangai baru ana ini, tapi ana akan buktikan juga, A GREAT PLAYER IS NOT PLAYING AT ALL TIME!..ya habibi, ana mohon maaf berkenaan hal semalam.insyaAllah, akan berubah utk masa akan datang.akhir kata, tidak semua yang kita inginkan, akan dimakbulkan seandainya kita ingkar akan perintah-Nya.nauzubillah..

tidak semua akan berakhir dengan kesedihan,
.aliuddinfaidhi.

Labels: