<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6160859355183361308\x26blogName\x3dWhen+you+have+to+keep+silent,reveal+t...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://holistictechnology8687.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://holistictechnology8687.blogspot.com/\x26vt\x3d-798297190653120441', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
www.holistictechnology8687 @blogspot.com ♥ Bebaskan Palestin!
Sunday, April 19, 2009


Tuhan, ku bisikkan kerinduan, keinsafan,pengharapan,
Tuhan, ku sembahkan pengorbanan membuktikan kecintaan
Bisikanku untukMU
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan PALSU
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku..

Munajatku dalam syahdu
Merindui 'maghfirah'Mu
MardhiahMU dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Ku rindukan pimpinanMU
KeagunganMu dalam doaku
KebesaranMu pada kudratMU
Ia membina rohaniku..

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
'Padanya' ada kemanisan
ketenangan dan kebahagiaan
Bayangan syurga idaman

Ya Tuhanku, terimalah...

.kasehkukamila.

Labels:

Friday, April 10, 2009

Assalamualaikum wbt


Bismillahirrohmanirrohim...
Alhamdulillah dengan izin Allah,dpt lagi ana berkongsi sedikit sebanyak kisah,idea,saranan dll.
emmm agak lame jugak we both x update blog ini sbb masing² agak sibuk dgn job yg memerlukan we both outstation ke Tronoh (Ali) dn Paser Gudang (ana).
so,bile ade kelapangan barulah ana dan Ali dpt meluahkn segala²nya disini..


'Cinta Adalah Naluri,
Memiliki Cinta Adalah Harapan,
Carilah Cinta Yang Sejati,
Yang Kekal Abadi'


Bile di 'refer' kepada post habib ana sblm nie, bagi ana,gabungan nombor² 1,3,7,9, dan 33 itu semua adalah atas takdir Allah.
Kami berdua tidak merancang ape²
tup..tup..wah! agak 'surprise' jgk ketika melalui waktu dn masa itu..
lebih² lagi ketika Ali 'propose' ana pada 13/03/09 tepat jam 12.33am (0033) jatuh pulak hari jumaat,penghulu segala hari.
Kesedaran tentang hal itu blaku apabila Ali bertanyakan ana, Harini berapa hb? Sekarang jam berapa?
Selepas waktu itu,ana agak 'alert' thdp angka² ganjil yg kerap terlihat oleh pndgn ini...
sesungguhnya angka² ganjil itu adalah kesukaan Allah..
MasyaAllah...Allah mencipta syurga itu 7 pintu syurga, 7 pintu neraka, 7 petala langit, 7 petala bumi, 7 tingkatan nafsu dll. Begitu juga dgn hari di dunia ini 7 hari. Sedarkah anta ya Habib, no kesukaan anta adalah 7 !! wah...hebat..hebat..

Tersangatlah byk ilmu didunia ini yang masih blm kita pelajari..
dlm hadis nabi Muhammad s.a.w 'UthLubul Ilmi MinalMahdi IlalLahdi' (Tuntutlah Ilmu Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad)

Berbalik kepada kisah kami, ingin ana tekankan kepada semua yang mempunyai pasangan dn teman hidup bahawa biarpun kita mempunyai teman hidup yang teramatlah kita cinta dan syg lebih² lg bila ia kelihatan unik dn bahagia tetapi senantiasalah kita ingat, 'Innalillahiwainnailaihirojiun' semuanya milik Allah dan kepadaNYA jua kita kembali..jadi senantiasalah kita bersedia menerima ape jua qada' dan qadarNYA (;


P/S: Cintailah TUANNYA, maka kamu akn mendapat cinta-cinta kecilNYA yang lain..





.kasehkukamila.

Labels:

Wednesday, April 8, 2009


Assalamualaikum w.b.t

pekaba semua?lama sgt xupdate blog ini.well, ade sumthng yg ana nk share gn kamu semua.boleh la nk dikatakan perkara yg sgt gumbira.tgk tajuk pon korg leh agak kn?hemmmm...so dgn lafaz bismillah, ana nk share lah benda nih,ok?



13/03/09-0033

declaration between me `Aliuddin Faidhi bin Mustafa n Kamilah bte Mohd Azmal'. It's was a very sweet memory when I proposed her while she still in 'telekung'. we both also pray a 'doa selamat' for our relationship.May Allah make everythings easy for us n always in HIS bless.ameeeen..



Sebenarnya, angka² dlm tarikh ini adalah sgt unik. 13/03 adalah genap nye sebulan kami bersama. '1' adalah merujuk kpd ana, anak sulung. '3' pulak merujuk kpd beliau, anak ketiga atau anak perempuan yg ke-3. 13,3,2009 adalah simbolik kpd nombor² ganjil dan di mana nombor ganjil adalah kegemaran kami. no '9' adalah nombor kesukaan cik kamilah. Untuk jam pulak, 12.33pm atau 0033 merujuk kpd tgh malam, yg mana tika itu sgt sunyi dalam proses untuk declare berjalan dgn jelas dan lancar. pada belah petang, kami ke SIRIM shah alam dan sesampainya di sana, sebelom kuar dari kereta, tgk jam pukul 3.33pm. dan, dari situ lah makna '33' terhasil utk 12.33am. Kombinasi nombor yg chantek dan mmbuatkan ana terpikir utk menggabungkan angka² tersebut.



hemmm...unik kn? esok nya, ana mula training dlm PUSRATU di Tronoh, PERAK. rasa sgt seronok bila berada di dalam keluarga Tabib Nur nih. terlalu byk benda yg ana 'berhutang' dgn keluarga ini. ana cuma mampu berterima kasih. bukan setakat bidang perubatan yang ana dpt, malah ilmu agama yg selama ini byk ana tak faham malah xtau.



terasa macam kekeringan idea plak..kalu ade perkembangan baru, my habibi akan continue lah..ok? ngeeeee

sekian, wassalam.




.aliuddinfaidhi.

'sesungguhnya cinta suci itu teramatlah indah'

Labels:

Tuesday, March 10, 2009



Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua?Saya berharap, agar kalian senantiasa sihat di samping keimanan yang teguh.Saya tertarik dengan isu bahasa yang dewasa ini, semakin tegar diuar-uarkan di luar sana. Ya, bahasa ini semakin pudar dimamah usia. Tak dinafikan, semakin mden sesebuah negara, semakin lupus bahasa. Bahasa yang saya maksudkan adalah, bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu. Sebelum itu, saya ingin menyusun 10 jari, memohon kemaafan di atas penggunaan bahasa saya yang agak kurang enak digunakan untuk kiriman-kiriman yang sudah. Tetapi itu bukannya persoalan ketika ini. Yang memeningkan, mengapa golongan atasan masih sukar untuk menilai aset yang bernilai untuk Malaysia ini?Mengapa tidak dijadikan contoh seperti Jepun, Perancis dan kebanyakan negara yang mengagungkan bahasa mereka?Adakah mereka di sisi negara yang mundur atau tewas tatkala bahasa perantaraan mereka adalah bahasa negara sendiri?.Kolotnya pandangan cendiakawan kita, di mana mereka selesa di teratak yang mereka duduki ketika ini walhal ribuan manusia sengsara dengan keselesaan mereka.


Saya menaip, bukanlah ekoran politik semata-mata. Tetapi atas rasa sedar, jiwa muda ini sentiasa ingin melihat keindahan bahasa kita menjadi tonggak di mata dunia. Jati diri negara juga akan jelas tampak di mata dunia. Sekurang-kurangnya, kita tidak menumpang di atas bahasa asing. Betul, Bahasa Inggeris sememangnya bahasa dunia. Ramai yang berdalih, sudah biasa dengan peredaran bahasa kini. Tak disangkalkan, sudah ramai menjadi mat saleh walaupun ber"bin"/"binti" encik mamat (sebagai contoh). Slanga yang kini semakin pelik malah menjelikkan tatkala bertutur. Apakah ini menjadi pemangkin untuk masa hadapan?. Saya sedih, mendengar seorang seniman yang selama ini terkecuali dari politik, yang berjuang demi bahasa, dihiasi dengan bom pemedih mata ketika azam yang membara memperjuangkan harta budaya Melayu. Keazaman beliau, menjadi dorongan kepada saya, untuk menulis luahan hati ini.


Apakah perjuangan bahasa ini berlandaskan politik?.POLITIK. Ungkapan yang sedia termaktub dalam sanubari setiap insan, yang sentiasa tidak faham akan kedudukan sesuatu. Apakah sebab berdemonstrasi di jalanan, ia menjadi agenda politik?.Persoalannya, dimanakah lagi tempat yang membolehkan golongan ini menyuarakan pandangan?.Media elektronik?Itu sememangnya bagus, tetapi dimanakah keadilan di situ?.Balik-balik, menyokong tindakan puak-puak yang sememangnya jahil mengenai sesuatu yang penting. Saya sedar, pilihan raya kecil bakal tiba, puak-puak itu semakin hampir dengan lubang kegelapan. Mereka masih ingin mengekalkan jawatan, atau lebih manis lagi,merebut jawatan-jawatan. Dan ekoran pada itu, mereka masih menemplak pihak pembangkang mendalangi Gerakan Mansuhkan PPSMI. Adakah sebab takut akan kehilangan WANG atau PANGKAT, mereka tidak mengendahkan suara hati rakyat?Tepuk dada, tanyalah iman. Keimanan semakin goyah di kala rasa ketakutan. Walhal, bukan sebab wang atau pangkat mereka hidup, tetapi ALLAH SWT.


Saya sedar artikel ini mungkin menembak sesuatu, tetapi sebagai rakyat di negara demokrasi, saya berhak menyuarakan isi hati seiring dengan situasi keadaan semasa ini. Saya bimbang, suatu hari nanti, kita Melayu tetapi bertopengkan bahasa asing. Walaupun pandangan atau isu ini dipandang remeh, tetapi sedarlah kita, ia merupakan ASET negara kita. Wahai organisasi yang mendaulatkan ketuanan Melayu, bertindaklah sebelum kalian terkuncup dek ketuanan asing. Bila lagi mahu menghunus keris, kalau setakat melolong tanpa menyusun buah.



'takkan Melayu hilang di dunia'

*petikan kata-kata Hang Tuah*

.aliuddinfaidhi.

Labels:

Thursday, March 5, 2009


Wslm wbt {menjawab salam Ali ya habib}

Hanya Allah maha mengetahui tentang jodoh itu...
Ya Ali ana, ana terasa amat terharu dan berterima kaseh byk² kerana anta byk memberi sokongan dan pendapat kpd ana ketika ana sgt memerlukannya.
'sesungguhnya segala kebaikan anta,hanya Allah yg bisa membalasnya..'
ana hanya mampu sujud utk menyatakn segala kesyukuran itu..
ana sedia memaafkn anta utk ape jua kesalahan kerana sdgkan Rasulullah s.a.w sggup memaafkn umat²nya yg ingkar,apatah lagi Allah sentiasa mengampunkan dosa² hambanya..maafkan ana sbb agak beremosi sdikit smlm..ana hrp kite jadikan ia sbg 1 pedoman,ok? ;p
wah..da respon..respon..lak kt blog nie..huhuhu

Bermotor lebih enjoy, pls besh time jam huhuhu boleh je menyelit sane sini kn..
xmcm kete,wpun berbumbung tp stil je lmbt utk ke satu2 destinasi kalau di area lembah klang nie..da la ana nie xsuke lmbt², yelah memikirkan byk hal n benda lagi yg nk dibuat..cth si ali berkata kpd si abu 'ana akan smp rumah anta sbntr lg..' xsmp je 9 mnit da terpacak kt depan rumah abu..abu tkejut gak tp dea buat² bese je,cover macho beb! huhuhu..see..besh kan naik motor ;p express!
hargailah motor anda aka tenggiling tue ye ((;

Wah..sgt perfect ke cik kamila tue? mungkin disebabkn makna kepada name beliau begitu kot..emm tp ana akui sgtlah byk lagi kekurangan yg tdpt pd diri ini..hambanya yg lemah dari byk segi dan sntiasa bersedia utk berubah kepada yg lbh baek,insyaAllah..
bakal isteri?
wahai insan bernama lelaki,hati wanita itu tlalu lembut wpun wanita itu cuba berkeras..ana pun xsedar mcmana Ali yang ana baru kenal ini boleh menawan hati yg cuba dikeraskan ini..Ali terlalu positif utk dijadikan teman hidup..ya Allah, mungkinkah beliau jodoh ku? hanya Allah maha mengetahui ;p
yang penting kemahuan,usaha dan tawakal..

wahai sahabat² kepada Ali,mungkin anda semua agak keliru dgn keadaan diri beliau ketika ini,begitu juga ana tp alhamdulillah so far, ana sgt memahami beliau..ana terima dan akan sentiasa support beliau..ambillah masa anta wahai Ali,sesungguhnya segala keputusan ketika kita tenang adalah lbh baek drpd terburu..buru..insyaAllah anta pasti merasai hasilnya..


'Cinta Suci Itu Teramatlah Indah'

.kasehkukamila.

Labels:






Assalamualaikum w.b.t
apa kabar suma?ana harapkan, kalian sehat2 ya. alhamdulillah, ana sehat walaupun beberapa hari disimbah dgn kehujanan.almaklumlah, ana hanya bermotor sahaja.tidak berbumbung.hehehe..sebenarnya, ana nk berkongsi sedikit mengenai isi hati. tak dinafikan, hati ini mmg ada macam2 perasaan atau tanggapan. sama ada kita sedar, ataupun tidak. setuju?xperlu jerit ya, sekadar kalian faham sudah cukup..ana selalu berharap, agar apa yg ana inginkan utk kali ini, akan dimakbulkan.insyaAllah..ha, ini jugak isi hati yg telah dieksploitasikan oleh ana.hemm..sebenarnya agak susah utk berkata tentang hati. sebelum itu, apa yg ana sampaikan, ini cuma pandangan dari seorang rakyat di negara DEMOKRASI. huhuhu..yeke negara kita ni demokrasi? mgkin lebih kpd autokrasi..wallahualam..huhuhu..sejak ana berpisah gn si dia (kesah lama nih), ana seperti susah nk lafazkan sesuatu yg mana dtg, dari hati ni.kadang2, ana buntu utk sampaikan dlm bentuk lisan.mungkin ini keturunan kot! ;P..seriously, ana mcm malas nk pk pasal gurl. penah jugak cuba utk mndapatkan perhatian dr insan yg bernama GADIS.tp, ana gagal bg komitmen.sehinggalah, ana ketemu dgn cik KAMILA nih.sejujurnya, ana cuma mampu memuji beliau dgn keadaannya yg di mata ana, sempurna seakan bakal isteri.huhuhu..dan mungkin.......................inilah kelainan ana utk ketika ini, tidak declare dlm waktu yg singkat.utk mencari kesempurnaan, masa dan keadaan adalah sgt penting utk ketentuan.bukan dgn cara membabi buta spt dulu, yg tidak menjanjikan kebahagiaan..alhamdulillah, ana selesa gn cara sekarang walaupun ade jugak segelintir rakan2 kurang yakin dgn perangai baru ana ini, tapi ana akan buktikan juga, A GREAT PLAYER IS NOT PLAYING AT ALL TIME!..ya habibi, ana mohon maaf berkenaan hal semalam.insyaAllah, akan berubah utk masa akan datang.akhir kata, tidak semua yang kita inginkan, akan dimakbulkan seandainya kita ingkar akan perintah-Nya.nauzubillah..

tidak semua akan berakhir dengan kesedihan,
.aliuddinfaidhi.

Labels:

Friday, February 27, 2009


Assalamualaikum w.b.t

ape kaba sume?hehe..ana aliuddin faidhi@ali@dee..hemm..ape yg sepatutnya ana nk kongsi ye?ok cmni, semalam bersamaan hari khamis,lbh kurg 8 mlm,di pkarangan uma ana didatangi oleh sekumpulan adek beradek dari sg.buluh..hehe,si dia lah,cik kamila!ngeee..saje je,die mahu mintak tulun utk ke Jln Duta..memandangkan ana xde wat apa2,ana tulun la beliau.well,xsgka lak ade org² yg sememangnya ana mau kenal,iaitu adek beradek beliau.yg ada cik mukrimah,cik atirah (sori kalu silap eja name) dan adek angket cik kamila,lupa sudah namanya.huhu..mereka ini mmg happening.sampai penin ana.hehe..korang mmg best.ngeee..well,setibanya di jln duta,kami bergegas ke kaunter tiket utk beli tiket ke manjong.cari punya cari,akhirnya ade la jugak.tapi kol 12!huhuh..lbh kurg 3 jam lebih jugak la kt situ.tp xpe,ana suka!huhuh..tp nk jd kan citer,cik kamila ade sesuatu utk smpaikan kpd ana.beliau minta pendapat ana utk mslh yg baru dihadapi.seeloknya,ana xcerita di sini lah.ana cuba mmbantu setakat mana yg ana mampu.sekadar pandangan dan pendapat sahaja.lagipun,ia melibatkan suatu ikatan yg terjalin di antara keluarga beliau.sememangnya ana ade sikit terkejut,tetapi ana tetap cool.ana tetap mmbantu.tetap memberi sokongan.walau camna pon,ana tetap di samping anti!


bila dilanda musibah, hati tabah mula rebah,
jgn biarkan dugaan rapuhkan pedoman hidup,
andai waktu itu tiba semaikan sifat bersabar,
hanya Dia saja menentu,
kita hanya mampu SUJUD.

.aliuddinfaidhi.

Labels: